Thursday, 8 September 2011

selalu kena marah saja kan ? =='


salam cuti sekolah terutamanya buat budak-2 negeri kedah ;) tehee ;) harini cuti , esok juga cuti . memang boringg . nak study tapi malam baru boleh masyukk ;) siang-2 hari menatap benda alah neh jea la kot ;)

petang sikit baru ada aktiviti . aktivitinya hanya berkunjung ke rumah membe dan bukan membe ;) maksud aku open house . macam banyak plak open house yang aku kena redah harini . tak pergi kang rasa ralat pula . membe-2 pula dah mula hantar msg . "iya , nak pegi tak ?" . hm . jawapan aku , inysaallah ;) hehe . caring betul budak-2 hot neh ngan aku . mana jea depa nak pegi mesti ajak aku . nak menggila pun ajak aku , nak membuncitkan perut pun ajak aku . takpun aku yang ajak depa ;) nampak sangat kami saling memerlukan ;)

actually , aku ada geng-2 yang sangat best sehinggakan ada orang luaq yang teringin sangat-2 nak jumpa dengan kami semua . katanya kami happening , kepala gila-2 . saya setuju ;) untungla saya ada membe-2 yang happening dan kepala gila-2 . untung juga saya ada balak yang kepala gila-2 juga walaupun sedikit pemalu :D malu ka ? ah , tak tahu . HAHA .

nak share sikit . aku ada masalah komunikasi ngan cikgu bm aku . haha . aku taktau la kenapa aku sayang sgt cikgu bm aku neh . dah berapa kali kalau nama aku dipanggil untuk jawab soalan , mesti aku takleh jawab . teruk gila . bengang juga cikgu tu dengan aku . mintak maaf la cikgu . nak marah saya pun marah la . hehee ==' saya redha . time cikgu tanya tu tak kena time . jangan salahkan saya yea ;) mintak maaf juga masa cikgu duk marah saya tu , saya buat tak tahu jea . sayaa tak kurang ajaq tau ;) cuma saya tak boleh sangat orang marah saya , nanti saya marah balik org tu . hukk =='

p/s : sayang mak pak saya , sayang adek-2 dan abg saya , sayang cikgu , sayang kawan-2 dan balak saya ;) assalamualaikum ;)

Wednesday, 7 September 2011

AKU SAYANG HANG SEBAB ?


hang baik ;)
hang tahu nak menghargai aku .
hang selalu buat aku tersenyum .
hang sanggup balas msg aku walaupun tengah malam atau pagi buta .
hang selalu tanya aku "sayang b dak ?"
hang selalu rindu aku ;)
hang tak pernah jemu melayan kerenah aku .
hang sanggup mengalah .
hang sanggup bersabar melayan perangai aku yang tah pape neh .
hang pandai ambik hati aku .
hang reti hormat aku .

macam-2 lagi la sebab aku sayang hang . aku tau hang pun sayang aku ;) setahun lebih kita berkawan baru sekarang kita dapat menjalinkan hubungan yang lebih jauh . maksud aku bercouple ;) malas nak tulis panjang takot ada plak yang tak puas hati nanti ;) saya tak suka gaduh-2 tapi kalau ada yang nak gaduh , saya open jea . okay , bajet jea lebih ;) tayah gaduh-2 ngan aku . aku tak reti ;)

p/s : sekian . assalamualaikum ;)

B SAYANG EEYA ;)

salam satu malaysia dan salam lebaran ;) semalam entry tak puas hati . harini entry bercampur macam-2 tajuk kot . takda apa sangat yang dapat dikongsikan harini . hanya beberapa perkara yang sepatutnya aku tak buat sebagai seorang pelajar sekolah yang memakai baju dan tudung berwarna putih dan berkain biru muda ;)

first , time cikgu duk potpet kat depan , aku makan kat belakang . makan kuih raya la , kerepek la . macam-2 . siapa suh bawak makanan kan . simpan plak kat tempat aku . pakat paieee la . HAHA . dari pagi sampai balik kira mengunyah jea kerja kan .tak tahu la apa nak jadi .

second : waktu agama : aku tak berapa boleh go sangat dengan ustazah neh . kalau mood kerajinan aku datang jea baru aku boleh fokus . boring dan mengantuk membuatkan aku mengambil tindakan dengan memakai earphone dan dengar lagu kat belakang sambil mengangguk angguk kan kepala tanda aku paham lagu yang dipusingkan =='

lepastu kan , kan . aku ponteng kelas sejarah plak . mengucap panjang aku dengan perangai sendiri . sejarah boring . tak sanggup aku . cikgu dah sampai kat pintu masuk kelas , aku dengan anak-2 buah yang lain lari keluaq kat pintu belakang . konon-2nya nak menyorok la kan . tapi kami menyorok dekat tangga yang dekat dengan kelas . kalau kantoii tu memang syiok la ;) tapi hajat kami untuk memonteng tu hanya la beberapa minit saja . lepas p toilet kami masuk kelas balik . nampak sangat kami baik ;) okay , tu bukan ponteng namanya . tu hanya sesi menjenguk tandas ;)

dalam pkol dua lebih plak , aku buat video dengan kawan-2 yang bertajuk TERIMA KASIH MALAYSIA . konon nya nak buat video pendek tapi tak semua student sporting . tak best . hukk ==' buat video TERIMA KASIH MALAYSIA tapi buh lagu UNGU - PERCAYA PADAKU . lagu tu syok kot . sekali dengaq dah boleh hafal . bab hafal lagu aku terer . kalau soh hafal benda lain memang tak dapat ;) dan harini balik sekolah pukul 4 lebih kot ;(

p/s : B SAYANG EEYA . ENCIK SAYANG yang soh aku tulis neh ;) yea , saya sayang PAIJI ;D ily ;) assalmualaikum ;)

Tuesday, 6 September 2011

kisah si ibu , si anak , dan ustazah =='

salam lebaran semua ;) harini saya nak share sikit tentang ketidakpuasan hati saya terhadap salah seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di Malaysia yang berjawatan tak setinggi mana pun di sekolah tersebut =='

pertamanya , beliau merupakan seorang wanita yang bergelar ustazah yang mempunyai masalah dengan  si A . sejujurnya aku tak faham apa masalah ustazah tersebut terhadap si A . sedangkan si A tak pernah pula ada masalah dengan beliau . tak sangka la plak , wanita yang tinggi ilmu agama , yang bertudung labuh boleh plak menganiaya hamba-2 ALLAH yang hidup dalam kesusahan sedangkan sekolah tersebut bukanla hak milik mak bapak beliau .

kalau beliau pengetua , takpela juga nak buat keputusan sesuka hati . tapi kalau sebagai penolong kanan tu tak payah la nak over sangat ;) boleh kan ? bukan niat saya  nak memperlekehkan wanita tersebut . mana pergi la isi hati beliau terhadap si A yang mempunyai kehidupan yang susah . mana pergi la perikemanusiaan manusia zaman sekarang neh yea ?

hanya disebabkan perkara yang langsung tak berkaitan dengan persekolahan , beliau saja mencari masalah tentang si A sehingga si A dikeluarkan dari asrama . Si A bukanlah dari keluraga yang senang yang dapat apa yang diminta dengan hanya sekelip mata . kadang-2 si A neh makan pun tak disebabkan tiada duit . si A neh dah terlalu banyak menaikkan nama sekolah tersebut dalam bidang kokurikulum . tak bersyukur langsung ustazah tersebut . setelah guru-2 serta warden asrama dapat tahu yang si A terpaksa dikeluarkan dari asrama , ada yang mengeluarkan air mata tanda kesedihan kerana si A seorang yang baik ==' apalah salah si A ?

hanya ALLAH dapat membalas apa yang ustazah tu dah buat dekat si A selama 4 tahun si A di sekolah tersebut . walaupun ustazah tersebut selalu mencari salah si A , tapi si A tak banyak kata , tak banyak bunyi . cuma ibu si A yang agak terasa dengan tindakan tersebut sehinggakan mengeluarkan air mata . sejujurnya ibu si A adalah wanita yang paling tabah yang aku pernah jumpa . sepanjang hidup dia , macam-2 masalah serta beban yang dye tanggung . tapi dye maseh mampu tersenyum ;) iloveyou !

p/s : tak perlu nak benci orang sehinggakan mencari salah orang tersebut . ALLAH maha adil ! kebahagiaan akan menjadi milik si A juga satu hari nanti ;)

Monday, 5 September 2011

tangkap gambaq pakai webbie ;)

gambar pertama ;)

gambar kedua ;)

gambar ketiga ;)

gambar keempat ;)

gambar kelima ;)

gambar keenam ;)

gambar ketujuh ;)

gambar kelapan ;)

gambar kesembilan ;)

sebenarnya gambar kesembilan tu saja yang penting . tehee . tak payah susah-2 nak megutuk aku yea ;) tayah la menambah dosa hang yang dah memang banyak tu . kalau tak lawa pun , cakap dalam hati sudah ;) bukan aku nak menunjuk baju raya aku tu tau ;)

p/s : assalamualaikum ;) enjoy your raya ^-^

result terabuq , jenuh kutip ;)


salam lebaran yang ke berapa entah . tak ingat sudah ;) harini hari kedua persekolahan selepas bercuti selama seminggu ;) semalam aku ta pergi sekolah . maknanya harini aku kena pergi sekolah gara-2 takut dimarahi oleh PUAN ZAILINA dan menyebabkan adik-2 kesayangan aku jeles ;)

banyak faktor kenapa aku taknak pergi sekolah . pertama sekali sebab result . disebabkan sekolah aku dah tamat trial so tiba masa untuk dapat result . memang liat gila bangun pagi tadi . tak sanggup nak melihat muka bengis cikgu-2 yang sedang marah akibat result yang teruk oleh kami-2 sekalian ;) hukk . bukan aku minta okay ;)

awal-2 pagi dah dapat result nya . tak sempat nak bernafas lagi . alhamdulillah result aku setakat neh belum ada yang gagal . hm . tapi masih menyedihkan . aku harapkan result aku lebih baik tapi hanya itu yang aku mampu . aku dah berusaha , berdoa dan bertawakal . kalau yang tu saja aku mampu dapat , aku redha . walaupun sedih gila .inysaallah aku akan perbaiki sedikit demi sedikit . doakan aku yea ;)

tadi cikgu sempat menyedarkan aku dengan anak-2 buah aku . beliau kata takkan nak sia-2kan bertahun tahun dengan pergi ke sekolah tapi tamatkan zaman persekolahan dengan hanya membawa result SPM tanpa apa-2 gred yang boleh dibanggakan . belajaq bertahun tahun bukan sekadar untuk lulus ==' saya setuju dengan apa yang cikgu tersebut cakap . takkan aku nak sia-2kan semua tu kan . penat lelah aku bangun awal-2 pagi setiap tahun selama 13 tahun berturut turut tapi result SPM hanya good-2 ;) tak sanggup aku rasa .

aku nak result SPM aku nanti berkaler kaler . sedap mata memandang . aku nak sambung belajaq . dapat kerja elok-2 . hantar mak abah aku pergi haji . jaga adik-2 selagi mampu dan berkahwin . awal sangat ke fikir pasal kawen neh ? tak kot ;) aku taknak result macam sekarang neh . result terabuq . jenuh kutip but nasib baik tak tercicir ;) alhamdulillah =='

p/s : berdoa , berusaha , bertawakal ;)

Saturday, 3 September 2011

raya 2011 dan blog ;)

SELAMAT HARI RAYA ;) assalamualaikum readers-2 tersayang ;) lama nampaknya saya tak update blog ;) penuh sawang kott . tapi tak mengapa , masih dapat menaip dengan baik dan laju nya . gila takbur kan aku ? sorry ;) seminggu dah raya kan ? malangnya aku masih belum dpaat upload gambaq raya untuk tatapan umum atas faktor-2 tertentu yang tak dapat dielakkan ;)

apa-2 pun , raya aku tahun neh okay-2 saja . suma-2 kuku . takda panas-2 melainkan cuaca yang baik dan tiada hujan yang membasahi bumi yang dapat menghalang perjalanan aku untuk menerjah rumah kawan-2 dan sanak saudara ;) raya pertama , menapak kat rumah tok asma saja . raya kedua buat family day ;) part tu yang paling best sebab semua dapat berkumpul dan buat karoke ;) ada pak saudara aku yang sanggup bergegas pulang hanya sebab nak hadir majlis keluarga tu ;)

ada pula sesi beri ucapan dari setiap ahli keluarga . bila dah sampai turn aku , memang gelabah kot . satu kampung boleh dengaq kot aku punya ucapan . kering punya pasal ,aku bagi jea ucapan yang aku rasa patut . dah bagi ucapan serta bermaaf maafan tu , part mengeluarkan air mata bagi kaum-2 ibu mengandung dan ibu tak mengandung . hehe . maklum la . perempuan kan sensitip ;) aku jea yang gentle . ayaq mata takleh nak keluaq .

raya-2 yang berikutnya hanya beraya rumah-2 membe ;) tak dapekk nak beraya rumah ENCIK SAYANG tahun neh atas sebab-2 tertentu ;) sorry sayang ;) raya haji nanti kita raya sekali okay ;) tu pun kalau sempat . almaklum la , you kan busy ;) busy belajaq ;) sorry tau .

semalam aku dapat berborak sekejap dengan sorang akak neh ;) suara beliau syiokk ;) suka gila . HAHA . tengs sebab sudi berborak dengan saya yea ;) terima kaseh sebab tak marah saya ;) nanti kita jumpa kalau ada rezeki yea ;) insyaALLAH ;)

p/s : raya sebulan kan ? buat mereka-2 yang aku belum terjah rumah anda lagi , harap bersedia ;) assalamualaikum ;)