Tuesday 6 September 2011

kisah si ibu , si anak , dan ustazah =='

salam lebaran semua ;) harini saya nak share sikit tentang ketidakpuasan hati saya terhadap salah seorang cikgu yang mengajar di sebuah sekolah di Malaysia yang berjawatan tak setinggi mana pun di sekolah tersebut =='

pertamanya , beliau merupakan seorang wanita yang bergelar ustazah yang mempunyai masalah dengan  si A . sejujurnya aku tak faham apa masalah ustazah tersebut terhadap si A . sedangkan si A tak pernah pula ada masalah dengan beliau . tak sangka la plak , wanita yang tinggi ilmu agama , yang bertudung labuh boleh plak menganiaya hamba-2 ALLAH yang hidup dalam kesusahan sedangkan sekolah tersebut bukanla hak milik mak bapak beliau .

kalau beliau pengetua , takpela juga nak buat keputusan sesuka hati . tapi kalau sebagai penolong kanan tu tak payah la nak over sangat ;) boleh kan ? bukan niat saya  nak memperlekehkan wanita tersebut . mana pergi la isi hati beliau terhadap si A yang mempunyai kehidupan yang susah . mana pergi la perikemanusiaan manusia zaman sekarang neh yea ?

hanya disebabkan perkara yang langsung tak berkaitan dengan persekolahan , beliau saja mencari masalah tentang si A sehingga si A dikeluarkan dari asrama . Si A bukanlah dari keluraga yang senang yang dapat apa yang diminta dengan hanya sekelip mata . kadang-2 si A neh makan pun tak disebabkan tiada duit . si A neh dah terlalu banyak menaikkan nama sekolah tersebut dalam bidang kokurikulum . tak bersyukur langsung ustazah tersebut . setelah guru-2 serta warden asrama dapat tahu yang si A terpaksa dikeluarkan dari asrama , ada yang mengeluarkan air mata tanda kesedihan kerana si A seorang yang baik ==' apalah salah si A ?

hanya ALLAH dapat membalas apa yang ustazah tu dah buat dekat si A selama 4 tahun si A di sekolah tersebut . walaupun ustazah tersebut selalu mencari salah si A , tapi si A tak banyak kata , tak banyak bunyi . cuma ibu si A yang agak terasa dengan tindakan tersebut sehinggakan mengeluarkan air mata . sejujurnya ibu si A adalah wanita yang paling tabah yang aku pernah jumpa . sepanjang hidup dia , macam-2 masalah serta beban yang dye tanggung . tapi dye maseh mampu tersenyum ;) iloveyou !

p/s : tak perlu nak benci orang sehinggakan mencari salah orang tersebut . ALLAH maha adil ! kebahagiaan akan menjadi milik si A juga satu hari nanti ;)

No comments:

Post a Comment