Tuesday, 20 September 2011

jiwang sebentarbersama KITKAT # part1

Di Saat Aku Ingin Bermesej .. Kau Pulak Nak Tido ..
Di Saat Aku Ingin Berjumpe .. Kau Pulak Takde Duit ..
Di Saat Aku Ingin jujur .. Kau Pulak Tak Percaye ..
Di Saat Aku Ingin Keluar .. Kau Pulak Membebel Takkasi Keluar ..
Di Saat Aku Sakit .. Kau Pulak Yang Over Risau ..
Di Saat Aku Merajok .. Kau Pulak Beria2 Nak Pujok ..
Di Saat Aku Ingin Pergi .. Kau Pulak Yang Sedih ..
Di Saat Aku Tiada .. Kau Pulak Yang Mengalir Air Mata ..

Di Saat Aku Mencintaimu .. Kau Pergi Meninggalkan Aku =='

Di Saat Itu Lah .. Kau Dan Aku Saling Merindu .. ♥


okayy . coretan diatas tiada kaitan bagi mereka yang hidup mahupun yang sudah tiada . sekadar suka-2 dan tiada apa-2 maksud . aku copyy dari fesbuk ;) hehee . ENCIK PAIJI SAYANG , CIK EEYA SAYANG rendu awak . lama betul kelas awak harini kan ==' sabar jea la kan . nanti dah balik , msg-2 i tau syg . HAHA . *gewdiks sat* 


apa yang aku copy dari fesbuk neh , sama jea apa yang pernah terjadi kat aku . lawak la pulak bila ingat zaman cintan cintun aku dulu . kecik-2 dah bercinta kan ? tak menahan . bila gaduh sikit jea teriak . hehee ;) nama pun perempuan . kena marah pun boleh teriak sampai bengkak mata . tehee . hati tisu betul aku neh . tapi tak serik jugak ==' btw , terima kaseh la buat mereka-2 yang pernah bertandang dalam hati keciq saya selama neh . kerana anda la saya tahu erti sayang , erti berkasih , erti kemarahan , erti kecemburuan , erti ketidakpuasan hati dan bla-2 . 


lupakan semua itu , kasih takkan terpaut kembali . eceh . HAHA .


p/s : assalamualaikum ;)





Monday, 19 September 2011

surat cinta ? :D


assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh ;)

di keheningan pagi yang indah membuatkan aku liat untuk bangun ke sekolah harini . aku bangun , pastu aku tido , pastu bangun iron baju pula , pastu tdo balik . dekat pukul 7 baru aku mewangikan diri yang sememangnya wangi ==' aku tak faham la kenapa aku mengantok bagai nak rak sangatt . nawaitu memang takmau pegi sekolah sebab mengantuk , tapi setelah ditegur oleh pakcik neh , aku pun gagahkan diri juga . masuk bilik air pun sambil pejam mata tau ;)

then gerak pergi sekolah dengan menaiki kenderaan beroda dua yang bernombor plat PJX ____ ;) perking moto plak sebelah moto abg awieeeeeee . nak parking moto pun banyak dugaan tahu . boleh pula awiee berdiri dekat port aku nak parking tu . saja jea beliau nak melambatkan aku yang dah memang natural lambat neh . muka time tu pun monyok lagi tapi aku tak marah . aku faham sangat dah lawak-2 budak-2 aku neh kan ;)

tepat jam 7.50 kot , maka bermulalah sesi pembelajaran . aku ikhlas belajaq harini ;) subjek pagi-2 buta adalah sejarah . alhamdulillah , aku fokus sejarah harini . aku buat kerja yang cikgu bagi . aku jawab latihan yang beliau beri . bangga dengan perubahan diri sendiri . tehee . bila sampai subjek-2 hujung sikit , mata dah mula layu , bdan dah mula tak semangat gara-2 tak sabaq nak balik ke rumah . aku tak paham betui la ==' yang paling takleh blah time agama . mak aii , punya ngantok . besepah syaitan kat mata neh ha , tak terkira . boleh plak depa duk gayutt-2 kat mata aku , duk kacau-2 aku sehinggakan aku takleh fokus . hekk .

tapi memang aku takleh fokus sebab belajaq bab sirah . "sembang keling" . aku cukup lemah okay sirah neh dan aku tak berapa nak suka . kalau adab , tilawah dan yang lain-2 lagi aku still boleh gagah nak belajaq . tapi bukan bab sirah . macam-2 yang aku buat time nak menghilangkan boring waktu agama . potong neh la . buat nuh la , msg ngan org la . baca surat neh la . kemas buku la . macam-2 la .apa yang aku baca adalah surat cinta . HAHA . jangan ingat aku tak pernah dapat surat cinta tau . surat cinta pertama yang aku jumpa dalam beg kaler koko aku tu surat cinta dari sorg mamat yang aku gelar as K . dalam surat tu tak guna saya , awak okay . pengirim surat tu guna "kanda" , "adinda" . seperti zaman purba kala . sweet gitewww :D

pastu baca pula surat-2 yang penuh dengan luahan hati aku . ikhlas dari hati . hehee . surat untuk ENCIK H la , ENCIK tu la , ENCIK SAYANG ada . memang nak tergelak . jelas terpampang betapa jiwang nya aku masa aku mencoret nukilan-2 dalam sekeping kertas putih tu . tak sangka plak yang aku neh sangat sweet dan romantik :D tapi hanya aku yang tahu isi tersurat serta tersirat surat-2 tersebut . lepas baca semua surat tu , aku pesan dekat membe baik aku .

aku : kalau aku mati nanti , hang ambik semua surat-2 neh kat bawah katil kat bilik aku tau .
ayu : beliau gelak . mungkin geli hati ngan apa yang aku kata , HAHA . nak buat apa ngan surat tu ?
aku : hang baca pastu hang bakaq . dalam hati " aku lebih suka kalau hang bagi dekat tuan dye" =='

p/s : cukup la kan , dalam surat-2 tu , ada semua rahsia aku , semua luahan perasaan aku dekat seseorang , ada juga ketidakpuasan hati aku dalam surat tersebut ;) selagi aku hidup , aku akan simpan semua tu ==' assalamualaikum ;)

Sunday, 18 September 2011

Saturday, 17 September 2011

paiji sayang kawan-2 eeya . HAHA ;)


salam readers-2 kesayangan ;) sayang ke ? heee ^-^ okay , semalam sy buat open house . syukur alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya . alhamdulillah jugak , tetamu VVIP aku *maya shuhada dan adik beliau , boy * sampai jugak dekat kulim tercinta neh . depa naik bas sendiri kott . kalau aku tak naik dah . aku cukup fobia dengan bas neh . hang bagi p la seribu hengget pun aku takkan naik . bukan nak menghina , tapi i seremmm nak naik kenderaan besar seperi itu yang berkaki empat =='

berbalik kepada cheqita pasal open house yea . act , aku bajet tak ramai yang akan datang majlis reunion + bacaan yasin+ open house yang aku dengan maya serta jiran kesayangan neh anjurkan . tapi lepas bacaan yasin tu makin ramai pula yang datang bertandang . ada yang aku kenal , dan ada juga yang aku tak kenal ;) ada juga membe-2 fesbuk dan ada juga membe-2 dari sekolah lain . btw , tengs sebab sudi menghadirkan diri ;) really appreciate okay ;) lots of love untuk hampa ==' tehee . tengs juga kepada SM ZAMRI sebab menjadi tekong bacaan yasin ;) sayang anda dan family anda gila dasyat ! ;)

tengs juga buat membe-2 yang sudi tolong dan sanggup berpanas . hahaa . tengs juga buat budak-2 sains yang datang semalam walaupun tak ramai . tengs juga untuk budak-2 sastera yang datang walaupun ramai . tengs juga untuk ENCIK H and the geng yang sudi datang . million tengs untung PUAN ZAILINA sebab sudi bersusah payah untuk sy . sayang you okay ! ;) tengs untuk adek-2 saya yang menyibuk serta menolong dan tengs juga kepada SAJEN WAHAB sebab sudi meluangkan masa walaupun sy tahu anda sibuk bekerja ;)

sibuk punya pasal sehingga saya terlupa kepada ENCIK SAYANG . kesian beliau . hukk ==' saya terlupa nak call mahupun messege beliau gara-2 terlalu busy melayan tetamu sehingga beliau diabaikan . sah-2 beliau rindu sy gila-2 punya . kan ? kan ? saya pun rindu awakk , b ==' hehee , lepas jea ada dua org mamat yang bagi duit raya kat aku , teruih aku p topup . pastu call la ENCIK SAYANG . rendu gila nak dengaq sore kasaq dye . eh , kasaq ka ? hanya tuan empunya badan yang tahu . HAHA .

kesempatan neh juga , aku nak wish HAPPY BIRTHDAY to membe terbaikkk aku ! FATIN NABILAH BINTI ISMAIL . sweet seventeen yaw . heee . may ur wish come true . harap-2 dapat la jumpa kekasih hati yang sesuai dengan hang dan semoga happy dengan org sekeliling termasuk saya tau . sorry , takde present for youu =='


p/s : we had joy we had fun . terima kaseh sebab meriahkan majlis saya semalam yea kawan-2 ;) assalamualaikum ;)

Friday, 16 September 2011

apa yang saya buat ? ==' im sorry cikgu .

 
salam satu malaysia semua ;) comey kan tajuk entry sy . tehee . sebenarnya saya berbelah bagi untuk update blog sy neh dengan menggunakan bahasa melayu tulen . gara-2 ditegur oleh ENCIK SAYANG sebab BM sy hancuq . mentang-2 la beliau terer . huh . *tak jeles* 
hancuq pun takpe la . saya bangga . HAHA . mesti beliau akan teguq lagi nanti lepastu sy akan buat taktau . hehee . *terabuq lagi*

cakap pasal BM kan , kan ? entah hari apa taktau , ada subjek BM . hundred percent memang sy ready menunggu ketibaan cikgu tersebut untuk menjawab soalan-2 yang mungkin akan ditanya oleh beliau ;) kerana saya dah tension dengan beliau dan diri sendiri bila sy tak dapat menjawab pertanyaan beliau dan sy maluu okay ^-^ . cangakk lagi tak malu sebab setiap kali dye tanya mesti aku tak dapat jawab . dahtu kena berdiri sampai beliau suh dudukk . omjayyy ==' sampai hati cikgu . dengan sy pun berkira . huk ==' 

seperti yang dijangka , tetiba beliau panggil nama aku untuk jawab soalan dye . beliau hanya suh sy berikan isi dari petikan tu . dengan tak takut dan bersedia nya , maka saya pun jawab . eksaited okay ;) sudahnya aku jawab , dye kata aku pandai . HAHA , lagi semangat aku buat keje dye ;) aku siapkan homework yg dye bg time tu juga . bila aku duk rilek jea , dye tanya pulak ,

cikgu : iyliaaa , dah siap ke keje ?
saya : *angguk* . dah .
dalam hati * tak puas hati ngan aku lagi la tu * :DD

disebabkan aku duk bersebelahan dengan tingkap , aku pun jenguk-2 la tengok kat luaq lepas siapkan semua keje dye . masa tu , dalam dewan ada sambutan merdeka :) untunggla , budak-2 form5 takleh join . macam meriah jea sambutan tu . siap nyanyi-2 bagai kan . aku tertarik untuk melekat kat tingkap tu lepas dengaq adek-2 junior nyanyi . makk aii , suara macam artis . tertanya tanya aku kat atas neh sebab nak tahu sape insan yang menyanyi tu . memang sedap ;)

yang herannya , kalau student lain datang bertempek kat tepi tingkap tu mesti dye soh duk tempat balik . tp dengan aku dye tak berani kata . HAHA . bukan nak bangga . aku dah siapkan apa yang dye soh so takkan dye marah kan , aku tau dye baik ;) sebab tu sy sayang beliau . 

ayu : hang memang suka bertentangan dengan dye kan ? 
aku : memang pun . apa yang dye tak suka tu la yang aku akan buat . hehee

dye yang dimaksudkan adalah cikgu tersebut :) saya tetap sayang cikgu . mumuahxx sikitt :D

p/s : kalau kau rajin cikgu pun sayangg ;) buat sape-2 yang dah TERcuri kasut converse milik ENCIK SAYANG tolong pulangkan yea . kasut tu semangat beliau okay . tak bahekk tau curi-2 harta yang bukan menjadi hak milik anda , renung-2kan dan selamat beramah . 
tehee . assalamualaikum ! ;)




Thursday, 15 September 2011

entry luahan hati =='


assalamualaikum . hye awakk-2 . okay , harini saya berbudi bahasa sikit okay . sy just nak buat satu entry luahan hati . lepas saya update neh mesti ada yang akan tanya saya macam-2 soalan dan pastinya soalan-2 mereka-2 itu takkan ada jawapan . jyeahh ! ;D
pertamanya , sy nak minta maaf dekat mereka-2 yang sy sayang . sorry kalau saya melukakan hati sesape ==' sy tak bermaksud okay . sy mintak maaf kalau sy mengecewakan awakk-2 semua .

saya harap sangat semua neh berhenti di sini jea . saya dah tak mampu nak berhadapan dengan mereka-2 tu lagi . sebab saya maluuuu ==' saya rasa sedikit serba salah . saya akan cuba jauhkan diri dari awakk . saya akan cuba buat awakk bencikan sy walaupun saya tak sanggup . haih ! ==' tapi kebahagiaan dan kebenaran lebih penting kan ? kann ? sangat bersungguh sungguh sy nak jaga hati org kan . makk aii . tolong paham yea , awakk . yang penting sy sayang awakk . hukkk .

sejujurnya la kan , sy dah tak sanggup . sangat-2 tak sanggup . maafkan sy tau awakk . one day , awakk akan faham kenapa sy buat sume nehh .  minta maaf kalau perubahan sy neh terlalu mendadakk dan awak tak dapat terima dengan hatii dan minda  yg terbuka =='

bacaan yasin + reunion + open house AQMAL IYLIA + ZULHUSNI ZAMRI =='

hampa faham tak apa yang aku tak faham ? aku memang tak faham okay . fikiran aku serabut dengan sekolah lagi , dengan kawan-2 lagi . dengan keadaan sekeliling lagi . terasa macam nak bebai pun ada .

sekarang tengah siap-2 kan dengan event esok lagi . secara rasminya , tomorrow is the last time aku akan buat event kat rumah aku sendiri . sebab ? sebab aku give up ! macam-2 songeh . nak bagi makan pun susah . tak bagi makan pun susah . terasa macam syok sendiri pun ada .

papepun , event esok aku akan sambut baik aku punya VVIP iaitu MAYA SHUHADA dengan teman-2 nya yang sanggup turun dari perak ;) thnx syg ;) tak sabar nak jumpa hang ==' walaupun ramai yang tak dapat datang disebabkan masalah apa pun aku taktau dan aku malas nak ambik peduli . nampak sangat aku marah kan ? memang pun =='

aku buat semua neh dengan jiran kesayangan aku ZULHUSNI ZAMRI ;) disebabkan kawan sekelas , serta membe-2 kami adalah orang yang sama , maka kami pun berkerjasama la membuat semua neh . ALHAMDULILLAH aku dapat jiran yang sporting . tak kalut okay ;)

btw , HAPPY BIRTHDAY to NUR MUHAMAD BIN ABBAS ;) may your wish come true and happy-2 selalu nah ==' forever 17 yaw . ada masa kita lepak sekali .

p/s : harap sangat semua berjalan lancar ;) assalamualaikum ;)