Saturday, 6 August 2011

list name *kawan* sayaa selama neh ;)


salam ramadhan semua . sila baca tajuk entry saya . bukan saya nak menunjuk bukan nak berbangga . saya hanya nak menceritakan ;) takpe kan ?

Fazriq-Azlan-Hazril-Nizam-Faizi . 

ENCIK F - asal negeri sembilan . bekenalan masa saya form1 dan beliau form2 . sekarang saya dah form5 dan dye takde form dah :D persahabatan yg agak lama dengan beliau . malangnya tak kekal . takde rezeki . hm ==' memutuskan persahabatan disebabkan kesalahan masing2 . alhamdulillah , masih contact each other dan tiada benci antara satu sama lain .

ENCIK A - anak kelahiran perak . umur 20 . detik pekenalan : masa hari pertama saya pindah ke rumah baru .  sangat baik dan sangat menghormati kaum hawa . sepanjang bekenalan tak pernah beliau meninggikan suara mahupun marah . untung sape yg dapat beliau . malangnya org itu bukan saya . hehee . beliau dah ada kehidupan yg baik sekarang . alhamdulillah :)

ENCIK H - berumur 18 tahun . pekenalan selama setahun mengajar sayaa macam2 benda . dan saya lebih matang dalam sesuatu perhubungan . pengalaman mengajar kita . beliau seorang yg baik , tegas dan sangat mengambil berat . tapi malangnya juga , hubungan tak dapat dikekalkan atas faktor2 tertentu yg tak dapat dielakkan . beliau juga mempunyai kehidupan yg baik sekarang selepas pulang dari sintok . alhamdulillah . semoga bahagia okay ;) wish you all the best in whatever you do ;)

ENCIK N - sweet , caring . yg tu jea yg saya boleh sharing kepada hampa-2 semua . hehee . kenal dalam FB . tapi pekenalan hanya sekejap . biasa la kan . belajar rajin-2 tau ;)

ENCIK F or ENCIK SAYANG - pekanalan yg masih baru dan masih dalam proses kenal hati budi . hekk . kenal juga dalam FB . anak kelahiran penang . persahabatan yang mulanya sebagai kawan dan musuh tetapi bertukar menjadi satu perhubungan yg baik dan istimewa . baik , caring , kepala otak beliau sama dengan sayaa . senang cerita , beliau dan saya mempunyai banyak persamaan . kalau dapat kekal tu alhamdulillah la kan ;) kerana saya dah penat nak kenal someone else dan memulakan perhubungan yg baru ==' ada sorg neh pun dah bahagia dah ;)

perhubungan sayaaa dengan seseorang tu selalunya kekal lama . tapi tak semuanya . semuanya berpisah disebabkan kesalahan masing-2 . maklum lah kan , masing-2 masih muda remaja ;) pergaduhan tu adalah perkara biasa . perbalahan itu la yang akan jadi kenangan . kenangan dalam sesuatu perhubungan . sayaa neh kecik2 dah pandai bercinta . hahaa :D bukan becinta , tapi berkawan *ayat selamat* ;) the best part adalah , semua *kawan* saya neh akan mempunyai huruf Z pada nama mereka ;)

p/s : assalamualaikum ;)

Friday, 5 August 2011

friend is a single soul in two bodies , dear ;)



pernah hampa rasa sedih lihat org yg hampa sayang bahagia dengan org lain ?
pernah hampa rasa sakit hati bila ada org buat jahat dengan hampa ?
pernah hampa rasa nak marah seseorang tu tapi tak sanggup ?
pernah hampa terasa hati dengan seseorang tu tapi hampa tak bgtau ? 

sebelum kita masuk tido , sayaa nak update la blog saya yang tak secomel blog mereka2 di luar sana ;) 

salam ramadhan semua . assalamualaikum ;) yg atas tu hanya mukadimah . hehee . hampa pernah rasa semua tu ka ? aku pun pernah . lumrah bagi manusia ntok rasa semua tu . nama pun kehidupan . macam2 jenis corak , ragam manusia yang akan kita lihat . semakin lama kita dekat dunia ALLAH neh , semakin banyak contoh , warna , corak serta ragam manusia yg dapat kita lihat ;) 

pernah hampa pikir kenapa ALLAH bagi ujian kat kita dan kita tak mampu handle semua ujian tu ? kita kena tahu , setiap yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya ujian . ALLAH swt akan selalu menguji kita ntok melihat tahap kesabaran hamba2 Nya . jujur la saya cakap kan . saya pun manusia yg lemah dan tidak mempunyai kesabaran yg tinggi .

oleh sebab itu , jika saya ada sebarang masalah , saya lebih suka menangis dari face to face dengan insan tersebut dan memaki hamun beliau . ohhh , saya tak minat semua tu sangat2 ==' kadang2 sampai kan org2 luar kata yg saya neh terlalu cengeng sebab hanya reti teriak sahaja . to mereka2 di luar sana , lebih baik saya teriak dari saya membebankan masalah2 saya kepada hampa bukan ? sweetnya saya . hahaa :D bila saya rasa nak cerita masalah saya kat hampa baru saya akan membuka mulut saya dan meringankan diri untuk bercerita walaupun saya tak pernah masuk petandingan becerita masa kecik :D

ingat yea kengkawan , sehappy dan sego lucky mana pun membe2 hampa , beliau ada hati dan perasaan juga ;) kalau menegur biarlah dengan cara yg betul , kalau nak melawak pun biarlah kena situasinya . kalau nak bermain pun biarlha kena tempatnya ;) baru persahabatan akan sentiasa indah selamanya ;) hikk =='

entry saya pada malam yang hening neh tiada kaitan bagi mereka yang masih hidup mahupun yang sudah pergi meninggalkan kita . hanya sekadar mengarang seuatu yg terlintas di otak kecil sayaa ; hehee .

p/s : jalani ibadah puas baik2 tau . jangan tinggal-2 ;) assalamualaikum ;) 

kami gila novel ==' sanggup tak makan sanggup tak tido '_


assalamualaikum ;) sini2 , sayaa nak habaq mai kat hampa antara novel2 yang sayaa suka gila ;) saya boleh baca novel2 neh berulang ulang kali tapi sayangnya novel tersebut tiada lagi bersama saya . sayaa mula minat menelaah novel2 neh sejak saya habis PMR ;) kan time tu takde class dah . free jea kan . so aktiviti bertukar tukar novel berlaku di antara pelajar lelaki dan juga perempuan ;)

masa saya muda2 dulu , saya akan baca novel sampai ke tengah malam . dan apabila buka mata ntok keesokan paginya , saya akan sambung membaca sehinggalah ke muka surat yg terakhir . kemudian barulah saya bangun , mandi , makan serta melakukan aktiviti2 yang boleh diterima akal ;) for sure , sayaa akan habiskan setiap novel yang saya baca dalam masa satu hari tanpa kompromi ! =='

first novel serta sinopsis nya :
Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.
Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!
Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.
Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.
Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora. 

 


Thursday, 4 August 2011

PJX kesayangan beliau :D

sedang enak mengambil angin di pangkin yang berdekatan dengan rumah banglo dua tingkat milik sajen abd wahab , tetiba jari2 runcing bersaiz 16 pemilik blog neh terasa seperti mahu menekan keyboard yg terdapat di ruang tamu rumahnya . tak sanggup rasanya beliau membiarkan laptop kesayangan yang berwarna hitam ini terbiar di atas meja tanpa ada sesiapa yang menyentuhnya .




dengan hati yang penuh keriangan , beliau masuk ke rumah tersebut dan membuka laptop tersebut tanpa melihat kiri kanan mahupun keadaan sekeliling . sepertinya pemilik blog ini tidak tahu bahawa beliau akan dimarahi oleh Puan Zailina . disebabkan kecekalan hati dan kesabaran yang tidak berapa tinggi , beliau gagahi jua ntok menekan nekan keyboard ini dan menulis blog beliau tanpa memikirkan angin dari kipas yang berpusing menampar lembut rambut beliau sehingga ke pipi =='

tepat jam 6 pagi waktu malaysia , pemilik blog ini , bangun serta menyiapkan diri ntok ke sekolah . dengan penuh kemalasan beliau bangun dari katilnya yg bersaiz bujang , beliau memulas tombol pintu dengan tidak bermaya lalu mengambil tuala putih miliknya dan membiarkan diri di telan oleh bilik air rumahnya . setelah selesai membersihkan diri , beliau keluar dari rumah banglo berwarna putih tepat jam 7.20 waktu malaysia dan memanaskan enjin PJX milik beliau . sementara menunggu enjin di panaskan , sempat juga beliau mengeluh di sisi kenderaannya sekali dua .

tibanya di sekolah serba hijau , beliau meletak kan PJX beliau di sebelah kenderaan milik gadis kecil molek atau lebih dikenali sebagai Ckin ;) lalu beliau melalui detik2 di sekola bersama teman temannya dengan kegembiraan serta gelak tawa yang tiada hentinya . gembira sungguh rasa hati apabila beliau melayan kerenah temannya di sekolah . beliau tahu , mungkin tahun ini adalah tahun akhir bagi beliau ntok begembira dengan teman sekelas :) sebelum beliau kembali ke rumah beliau , beliau telah menghadiri satu kelas tasawwur islam bersama ustaz beliau pemilik kenderaan lavina ;)

kebetulan , kelas harini telah mengadakan gerak gempur . beliau sempat menepuk dahi sebelum menerima kertas soalan yang dihulurkan oleh ustaz tersebut . banyak sungguh soalan yg diutarakan di atas kertas yang bercetak dan bersaiz A4==' *habislah , aku . masakk* . detikk hati beliau tanpa mengeluarkan apa2 bunyi ;)

sepanjang perjalanan pulang , perasaan beliau bercampur baur dek kerana gerak gempur tadi . beliau tidak nafikan bahawa beliau telah meninggalkan bebarapa soalan oleh kerana tidak tahu jawapan nya . lengai betuii beliau :D walaubagaimanapun , jangan pandang kebelakang .

p/s : nampak tak ayat sayaa yang mcm apa lagi . penat mengarang . hahaa . moral of the story is , rajin2 la mengulangkaji pelajaran agar tidak menyesal di kemudian hari . hehee . asslamualaikum . thnx to awie , madet , yun , bigshow and jiran tersayang sebab merepek tentang perkahwinan , pak JAIK , aloq setaq , rumah dan sebagainya . hahaa ;D

Wednesday, 3 August 2011

hidayah shahril kata safee sali ngan amirul hadi monyet ? kojaqq =='

err , kasaq sangat ka tajuk entry saya nehh ? maaf yea kawan2 . tak sengaja . hehee ;) saya ada terbaca blog seseorang yg update tentang ada seorang makcik yang menggelarkan Safee sali dan Amirul Hadi sebagai monyett . tak patut okayy . takmau2 =='

tak baik tau makcik kata lagu tu kat pemain Malaysia . saya tahu la makcik orang Singapura tapi makcik cuba la jadi matang sikitt . makcik neh over la . dah tua tu buat la cara tua , makcik . ingat akhirat sama yea , makcik ;) tak salah bukan yang muda mengingatkan yg tua ;) rumah kata pergi , kubur kata mari tau . ingat tau , makcik ;)

makcik tersebut mengeluarkan kenyataan safee sali dan amirul hadi digelar monyet di laman sesawang twitter nya sendiri .makcik neh la . haih ! ingat dak masa harimau malaya menentang singapura baru2 neh . safee sali dan amirul hadi ada buat satu pergerakan yg serentak kan ntok menjaringkan gol ? makcik tersebut merupakan salah seorang isteri kepada pemain singapura sebabb tu beliau kata lagu tu . nampak sangatt beliau cari nahas .

makcik saja cari pasal la , makcik . makcik tau tak berapa ribu penyokong harimau malaya kat malaysia neh , makcik . satgi depa ajak makcik jumpa ngan depa satgi kott . mau ? ;p  naseb bek takleh nak repeat balik jea game singapura ngan harimau malaya . nasib baik jea sume tu , makcik . dah menang tu buat cara menang sudah la makcik . jangan la banyak bunyi yea , makcik . debik kang haa ;DD

p/s : ingin saya menegaskan di sini bahawa saya tak marah . saya sekadar mengata makcik tu . hehee . okay la , assalamualaikum ;)

salam ramadhan ketiga ;)

FOLIO PENDIDIKAN SENI VISUAL ;)

salam ramadhan ketiga semua . saya kepenatan sedikit harini sehingga hati saya terdetik ntok membuka puasa . tapiiii . alhamdulillah , saya tak jadi berbuka disebabkan nasihat yg telah diberikan oleh ENCIK SAYANG dan PUAN ZAILINA ;)

apa yang memenatkan ? penat dalam menyiapkan folio seni kerja kursus yang harus dihantar pada esok hari dan harini . disebabkan saya malas nak pikiaq lagi pasal folio tersebut so saya siapkan juga harini dan hantar pun harini . bangga bukan ? otak saya pun dah free . sehinggakan PUAN ZAILINA pun agak marah bila melihat puteri tunggal beliau asyik mengadap folio seni jea without study apa-2 subject sedangkan trial tinggal lagi berapa hari .

nak buat cemana PUAN ZAILINA syg . folio seni neh pun ntok SPM sayaa jugak . so haruslah saya siapkan bukan . detik saya dalam hati ;) nampak sangat beliau terlalu risaukan sayaa . omgieee . iloveyou mum ;p nasib baik la cikgu2 harini memahami bahawa saya dan anak buah saya sibuk menyiapkan folio ini sehinggakan mereka memberi ruang ntok kami ;) sayang cikgu2 semua ;) hampa ada ka cikgu2 mcm neh ? takdeee ;p

balik skola tadi , PUAN ZAILINA sudah berletiaq kat sayaa kerana mengadap laptop sahaja kerja sayaa , saya hanya mahu release tension sebentar sahaja tapi beliau tak berapa nak paham , tak apa la kan . hukk ==' mana boleh saya nak salahkan beliau bukan . beliau menegur ntok kebaikan saya jugakk ;)

pesanan ntok kawan : tolong jangan buat muka ngan saya . saya tahu saya takde buat salah ngan awak langsung . awak saja nak tunjuk muka tak puas hati kan ? debikk kang ha . awak saja menguji keimanan serta kesabaran saya tahu ? ==' takmau la cemtu ;p okay ? saya tak suka nak marah awak depan2 sebab saya malaih nak buat org sakit hati so tolong jaga perangai awak yea ? ;) terimakaseh ;)

p/s : just beberapa jam jea lagi nak berbuka . sabaq tau semua . sayang hampaa ;) thnx readers ;) assalamualaikum ;)

Monday, 1 August 2011

berjaya !

dia : salam , selamat berpuasa ;-)
saya : selamat berpuasa jugak . puasa molek2 okay ;) 

gembira nak mampuih dapat msg lagu tu . hehe . at least aku tau dia ingat kat membe dye neh lagi . syukur-2 ;) hikkhik -

assalamualaikum . salam ramadhan . rajin benor aku update blog sekarang neh . pulun sungguh :DD alhamdulillah , aku berjaya sempurnakan puasa aku harini tanpa banyak dugaan . nampaknya ALLAH permudahkan segala urusan aku ;)

aku berjaya . hampa ? mesti berjaya jugak kan ? sila bangga dengan diri sendiri :) dugaan puasa aku akan teruji bila tibanya waktu skola . time tu la nak rasa penat teruk , dahaga nak mampuih la apa la kan . time tu kesabaran juga diuji tanpa mengira masa . walaupun syaitan dah kena ikat di pokok2 tapi disebabkan kesabaran teruji , terasa seperti syaitan ada . haha :D

setelah empat hari bercuti , akhirnya aku kena menapak di sekola semula ntok sambung pembelajaran yg masih belum habis . bila nak habis sekolah pun taktau la . penat dah rasa . bukan sengaja nak mengeluh tapi hampa mesti rasa apa yg aku rasa kan . alhamdulillah la , tahun neh tahun akhir aku bersekolah .

to ENCIK SAYANG ; saya minta maaf kalau saya buat perangai or tertacing lebih dengan awak . maybe sebab saya tension dengan folio , dengan trial lagi . maybe saya perlukan ruang ntok berpikir secara baik .otak saya ligat ntok buat semua benda . masa ntok saya pun tak banyak . angin saya pun tak berapa baik . harap sangat awak paham yea . tak ada niat nak buat awak sakit hati okay . sayang awak cemane pun . hm =='

p/s : trial around the corner . sedikit gelabah , tapi masih boleh handle dengan baik . huu . assalamualaikum =='