Friday 5 August 2011

kami gila novel ==' sanggup tak makan sanggup tak tido '_


assalamualaikum ;) sini2 , sayaa nak habaq mai kat hampa antara novel2 yang sayaa suka gila ;) saya boleh baca novel2 neh berulang ulang kali tapi sayangnya novel tersebut tiada lagi bersama saya . sayaa mula minat menelaah novel2 neh sejak saya habis PMR ;) kan time tu takde class dah . free jea kan . so aktiviti bertukar tukar novel berlaku di antara pelajar lelaki dan juga perempuan ;)

masa saya muda2 dulu , saya akan baca novel sampai ke tengah malam . dan apabila buka mata ntok keesokan paginya , saya akan sambung membaca sehinggalah ke muka surat yg terakhir . kemudian barulah saya bangun , mandi , makan serta melakukan aktiviti2 yang boleh diterima akal ;) for sure , sayaa akan habiskan setiap novel yang saya baca dalam masa satu hari tanpa kompromi ! =='

first novel serta sinopsis nya :
Fatin Nabilah gadis sederhana yang jauh dari kehidupan sosial. Pelajaran adalah tunggak utama dalam hidupnya. Dia juga berpegang teguh pada prinsip; lelaki pertama yang keluar dengannya akan dipastikan menjadi suaminya.
Perkenalannya dengan Azril Adam, teman sekampus telah menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak diduga. Azril menjadi lelaki pertama yang berjaya mencuri hatinya. Kehadiran lelaki itu membuatkan hidupnya semakin ceria. Malah, dia redha menerima sikap panas baran Azril yang sering menyakiti hatinya atas prinsipnya bahawa lelaki itulah bakal teman hidupnya!
Perkahwinan yang dibina ibarat retak menanti belah. Tidak tahu di mana silap, Fatin sering menjadi mangsa cemuhan Azril. Akhirnya, Fatin terpaksa akur bahawa prinsipnya itu harus dicampak jauh. Azril ditinggalkan setelah menjadi saksi pernikahan kedua suaminya dengan Nadira. Fatin pergi bersama dua anaknya dengan hati yang terluka.
Cinta pertama memang indah. Tapi tidak bermakna cinta yang datang selepas itu, tidak sehebat cinta pertama. Kehadiran Fazil yang begitu setia, disambut baik oleh Fatin. Biarpun penantian itu satu penyeksaan, tapi jika yang diidamkan akhirnya menjadi nyata, dia rela menunggu biarpun beribu tahun.
Akhirnya, sauh kasih Fatin berlabuh jua. Kali ini di pelabuhan cinta Fazil. Semoga kesetiaan Fazil tetap utuh selamanya, biarpun badai sentiasa bergelora. 

 


No comments:

Post a Comment