Saturday, 13 August 2011

trial 14-25 ogos ;)





assalamualaikum . setelah beberapa harini aku menggunakan bahasa yg baik-2 saja , so dengan rasminya aku akan menggunakan balik bahasa dan cara penulisan aku seperti dulu kala :) walaupun nampak kasaq tapi mudah paham kan sebab tu bahasa remaja . hehe . perasan tak apa yg berubah dalam blog aku yg ala-2 pinky-2 giteww . HAHA . perasan kan ? kan ? nampak tak yg kat atas tu ?akak ipaq aku yg buat . HAHA . tengs kak FADZILAH ISHAK ;) thnx a million . akhirnya dapat juga seperti yg diidamkan . wink-2 ==' nanti ya belanja makan yea , makan dekat rumah mak mentua :D

okay , teselit plak gambaq ENCIK SAYANG kan . HAHA . confirm beliau akan bangga dengan aku nanti . selalunya mcm tu la kan . HAHA . banyak gelak plak aku neh . gila kott ==' stop pasal tu . kita masuk topik yg berbahaya plak . esok bersamaan 14 ogos , aku ada trial SPM . sejujurnya aku belum ready hundred percent but i will try my best as long as i can . belum apa-2 jadual trial aku dah hilang . mana aku letak pun aku taktau . yg aku tau esok just ada paper BM 1 dan 2 ;) insyaallah boleh jawab . kita dah asal melayu takkan BM pun takleh jawab . malu nanti ;)

maap la kalau rasa aku riak+takbur plak buat statement cemtuh . huhu . sorry-2 ;)

mintak restu PUAN ZAILINA dan SAJEN WAHAB ; done !
mintak restu membe-2 : done !
mintak restu ATOK ASMA : also done ! ;)

penting semua neh . aku dah mintak depa-2 neh doakan aku . insyaallah depa akn doakan terutamanya parents aku la kan . disebabkan trial neh jugak , PUAN ZAILINA dan husband beliau telah pun bersetuju untuk menghantar dan mengambil saya ke sekolah setiap hari kerana ingin menjaga kesihatan serta keselamatan saya . mereka takut apa-2 terjadi nanti . dan nampaknya aku tak payah bawak PJX ke sekolah . kerana aku rasa PJX aku akan di renovate lain atas sebab-2 tertentu . tak sabaq aku nak tengok PJX tukaq kaler . HAHA .

dua minggu aku akan dilayan sebagai anak emas sehingga lah trial aku tamat .nampak ? baru jea trial tapi aku dah dijaga dengan rapi . sayangg mak pak aku gila dasyat . hampa ada ? mesti ada kann ? hehe . harap-2 juga bila SPM betuii nanti aku akan dilayan seperti aku mengambil PMR dulu . pergi mak hantaq . balik mak ambik . time rehat mak antaq makanan . masa PMR betuii haritu , aku tak sentuh pun makanan kantin . makanan semua mak hantaq . walaupun agak malu kerana sudah besaq-2 pun mak hantaq makanan lagi time rehat tapi tu la memory terbaik aku ngan mak aku . tak sabaq nak tggu SPM . boleh mengada teruk ngan mak . hee ='

aku harap SPM neh aku boleh bawak kete p skola . kot-2 la aku boleh langgaq tiang skola . baru rock :D belagak plak aku rasa . aku tarik balik statement tadi . sorry again ;( btw , to ENCIK SAYANG : get well soon dear , kesian anda . demam yea ? makan ubat okay . jangan malaih mandi sgt okay .

p/s : to all SMKJ students batch 2011 , do the best for trial nah . trial ngan SPM sama-2 penting ;) result gempak , hala tuju pun nampak . trial sampai 25 jea . xlama . lepas trial kita raya okay . and untuk adek shahrul nizam , get well soon nah . eksiden la plak hang neh . hm .rindu hang btw ==' assalamualaikum :)








Friday, 12 August 2011

ZULHUSNI ZAMRI budak tinggi =='

aku : awat mak ?
PUAN ZAILINA : encik zamri nak kena pindah JB .
aku : bila-2 ?
PUAN ZAILINA : encik zamri p awai kot . dalam 16 haribulan cemtu la .
aku : hm . okayy ;(

lumrah hidup seorang anak polis akan berpindah-randah . saya sangka kan , jiran saya saya akan menghabiskan masa remaja beliau lagi beberapa tahun di sini . tapi setelah ayah beliau membawa pulang berita tu , harapan tu punah dan otak saya blurr . walaupun beliau akan pergi selepas beliau menghabiskan SPM beliau di sini , tapi kesedihan tu masih terasa , walaupun sayaa dan kawan-2 masih ada bebrapa bulan lagi bersama beliau =='

lepas neh , hilang la jiran saya yang tinggi , muka ala-2 pelakon korea atau alip ajis ==' hukk . 

tuhan jea tahu perasaan sayaa sejak semalam . tiada lagi kawan sayaa yang akan ajak saya balik dengan beliau selepas waktu sekola . tiada lagi kawan yang akan gelak tawa dengan sayaa pada waktu kelas . tiada lagi mamat yg berambut panjang di sekolah sehinggakan cikgu meminta agar rambutnya dipotong . takkan ada lagi dah semua tu .

lepas neh takde jugak jiran sayaa yang baik . keluarga yg mempunyai tiga orang anak lelaki dan dua org anak perempuan serta seorang cucu perempuan . hm ;(  takde lagi tokwan yg sealu buat lawak dan sentiasa tersenyum kalau melihat saya . takde lagi org yg baik hati dan pemurah mcm keluarga neh . tak sanggup rasa nak terima jiran yg lain . jiran yg baru . sayaa ingatkan saya seorang saja yg sedih , PUAN ZAILINA turutt bersedih selepas kami bersembang anak beranak semalam . kalau beliau sedih , saya lagi laa .

kalau beliau pindah hanya dekat-2 area kedah takpe la jugak . tapi beliau kena pindah ke JB . kampung halaman saya kott JB tu . bukannya dekat . masa beliau nak pindah ke teknik masa form4 dulu pun saya reyauu , neh kan plak nak pindah rumah . tak adil sungguh . dah la dekat kawasan kejiranan yg mempunyai 4 banglo neh , hanya terdapat dua buah keluarga jea yg tinggal . keluarga sayaa dan keluarga beliauu :( kalau beliau pergi , tinggal la keluarga saya sahaja dan akan ditemani dengan 3 banglo kosong =='

apa-2 pun , saya redhaa . tak mungkin saya nak p marah plak org-2 yg telah menyebabkan jiran saya berpindah . saya masih kecik dan takda hak . kami sebagai anak-2 hanya mengikut kemana keluarga akn pergi selagi kami belum ada tanggungjawab ==' sabaq jea la kan . saya tak tahu la apa reaksi kawan-2 yg lain kalau depa dapat tahu hal neh . for sure , memang akan ada yg reyauu .

p/s : hidup bejiran mmg best . boleh gelak tawa sekali , boleh buat jahat sekali . sampai hati hang nak tinggai aku ;( assalamualaikum :(



















Thursday, 11 August 2011

untung la bakal menantu seorang chef = ENCIK SAYANG =='

ENCIK SAYANG =='

you , i kidnap gambar you . sorry sayang . HAHA ;D nak sayang lebih-2 takut ada org tak suka tapi takpe la . kita masing-2 tak kisah ;) hehee ;) nampakk ? kami tak kisah pun org nak kata kat kami . kami pun tak kisah kalau kami saling mengata antara satu sama lain . hukk ==' alhamdulillah la kan , saya ngan ENCIK SAYANG neh byk persamaan so tak kalut tak gabra . hee

kami sama-2 pernah ditipu , kami sama-2 pernah mengalami situasi dimana kekasih-2 kami curang dalam perhubungan . HAHA . statement berani mati okay ;) ENCIK SAYANG masih muda remaja dan begitu juga saya . oleh itu otak kami sama cuma berlainan kepala :D datangnya dari penang . beliau belajar dekat KL . kalau tak silap la . HEHE .

masa kenal dulu , ENCIK SAYANG neh kira nak kasaq jea ngan saya . saya pun begitu juga . masing-2 bercakaran . tapi dalam fb jea . ada jea yg saya rasa tak kena dengan ENCIK SAYANG masa berkawan dan bermusuh dengan beliau dulu . HAHA . seronok bergaduh dengan beliau kerana ada sahaja bahan yg beliau akan katakan kepada saya . mentang-2 la otak saya tak sekembang otak beliau :D

bukan niat saya nak terlalu show off buah hati pengarang jantung saya . saya sekadar nak memberitahu . kalau org lain boleh bahagia , saya juga begitu . kan ? kan ? disebabkan ENCIK SAYANG neh jarang bercinta seperti saya , so benda itu akan buatkan saya lebih tenang sedikit . saya tak kisah kalau beliau berkawan dengan perempuan asalkan beliau tahu yg beliau ada saya . hehe ;) dan beliau juga tidak kisah kalau saya berkawan dengan banyak lelaki asalkan saya tahu yg saya ada beliau :) BERKAWAN bukan BERCOUPLE okay ?! ;)

beliau kata ego saya kuat . kejam sgguh beliau . tapi itu mmg kenyataan . ego saya mengalahkan lelaki-2 di luar sana . *bangga* ;) okay la , cukup-2 la saya buat-2 sweet dengan tulis entry saya neh ;) saya tak sweet , tapi ENCIK SAYANG sweet ;DD

p/s : nanti kita sama-2 race kat bukit lengkok yea ENCIK SAYANG . HAHA ;p assalamualikum ;) masak molek2 tau harini ;)





Wednesday, 10 August 2011

ALLAH menguji hambaNya dengan dugaan ==' part 2

kebebasan milik kita =='

assalamualaikum . salam ramadhan semua :) semalam saya berduka , harini saya gembira . mari kita sambung cheqita pasal semalam bagi mereka yang selalu follow blog saya neh terutamanya ENCIK SAYANG . iloveyou . HAHA ==' maaf yea , selingan semata mata ;)

okay , semalam keluarga tersebut bertungkus lumus menyelesaikan masalah mereka . setelah di buat persetujuan , akhirnya si anak gembira bukan kepalang . alhamdulillah . gembira nya si ibu juga tidak terkata disertai pula dengan adik beradik mereka yg lain ;)  senyum semakin lebar , maka diri pula makin dekat dengan pencipta . seperti yg saya kata bukan , semua yg berlaku ada hikmah . dugaan yg mendatang membuatkan si ibu serta anak-2 lebih dekat dengan ALLAH ;)

gembira rasa bila saya mendapat berita tersebut setelah pulang dari sekolah . hilang segala penat lelah setelah mendengar berita baik dari PUAN ZAILINA ;) disebabkan kegembiraan tu , sayaa tidur sepuas-puas nya . hahaa :D org lain yg gembira , saya yg tolong sambut =='

harini juga saya belajar secara baik di sekolah . banyakkan buat latihan math , baca note perdagangan dan sebagainya . harini juga kurang mengantok di kelas walaupun saya lambat ke sekolah harini ==' huk ! saya terbabas tido pagi tadi . naseb bek sempat bangun ;) is not the right time ntok skip kelas sebab trial is around the corner . only a few days more . 14 sampai 25 haribulan ogos ;) cannot wait lha ==' lepas trial , raya sepuas-puasnya sebelum menjadi mangsa SPM pulak ;) itu yg paling terbaik dalam hidup .

p/s : senyum bermakna :) assalamualaikum ;)





Tuesday, 9 August 2011

ALLAH menguji hambaNya dengan dugaan =='


assalamualaikum ;) salam ramadhan semua ==' okay , arini nak update benda2 yg suam2 kuku sahaja . kerana mood terbang melayang . sebab ? sekarang neh org di sekeliling saya menghadapi masalah berbakul bakul . kasihan bila tengok mereka . bertungkus lumus mereka menyelesaikan masalah yg datang .

itu la , kalau hidup jangan terlalu menyusahkan org sekeliling . kesian mereka . mereka sangkakan masalah mereka akan berakhir harini tapi malangnya masalah tersebut belanjutan malahan makin membebankan . kesian keluarga tersebut . betapa sedihnya si ibu bila memikirkan ttg anak beliau . beliau tidak mampu menolong . dari segi luaran beliau maseh dapat tersenyum walaupun dalam terpaksa . tapi kita tahu bahawa dalam hati beliau , hanya air mata yg menemani beliau .

beliau takkan tunjukkan kesedihan depan anak-2 beliau kerana tidak mahu anak-2 turut sedih . beliau tahu bahawa beliau harus kuatkan semangat dan nampak kuat di mata org sekeliling . itulah pengorbanan seorang ibu terhadap anak beliau yg sedang kesusahan dan harus diberi pertolongan agar tidak terseksa di sana =='

sayaa hanya mampu mendengar luahan hati si ibu berikut . tapi malangnya saya tidak dapat menyumbangkan mahupun menolong . hendak diberi pendapat ttg masalah tersebut takut tidak di dengar umum kerana saya masih kecil untuk menyelasaikan masalah-2 seperti ini . sepanjang hidup si ibu , pelbagai penderitaan dan dugaan yg beliau hadapi . yg pasti sudah berguni guni air mata yg menemani beliau sepanjang hidup beliau . tapi sayaa sangat-2 pasti bahawa beliau akan mendapat kehidupan dan kebahagian selamanya suatu hari nanti kerana ALLAH itu maha adil . Dia takkan membiarkan hambaNYA menderita seumur hidup .

setiap dugaan yg mendatang pasti ada hikmahnya . kerana semua yg berlaku akan ada pembalasan . harapan saya agar keluarga tersebut dapat menempuhi hari-2 yg mendatang dengan sabar . lakukan yg terbaik . muhasabah diri masing-2 . jangan apabila sedang menghadapi kesusahan baru hendak memohon pertolongan yg maha ESA . allah akan mendengar segala doa hamba-2NYA . lagi-2 di dalam bulan yg mulia ini . insyaallah doa akn termakbul ;) yg penting jangan berputus asa untuk teruskan kehidupan walaupun sebesar mana sekalipun masalah yg mendatang .

p/s : semua yg berlaku salah masing-2 . atas kelekaan serta alpa masing-2 . assalamualaikum ;)




Monday, 8 August 2011

asek mengantok jea ==' apa cheqita ? =='

 gambar ini tiada kena mengena dengan tajuk entry ;)

salam ramadhan semua . assalamualaikum . see the tajuk first . kira nak mengantokk jea sayaa neh . tak tahu la apa nak jadi kan . kasihan dengan diri sendiri *simpati* . saya selalu mengantok masa dalam kelas . time cikgu tengah mengajar tu la saya nak mengantok teruk pun . maybe sebab saya bangun sahur ataupun tak cukup tido .

kalau bangun sahur kan dalam pkol 5 dah kena bangun . selalunya saya bangun pkol 6 mcm tu pada bulan-2 biasa . bila saya kena bangun awal sejam , ia membuatkan tidur saya tak cukup . hehee .tapi tak mengapalah . dugaan berpuasa . dah la waktu tidur saya tak teratur . memang gila la . tggu lagi tak mengantok masa dalam kelas .

semalam , sayaaa pergi berbuka kat luaq . first , saya dan membe plan nak pegi makan dekat area kilang lama . malangnya tempat tu tak buka . menyirap juga la darah perempuan sayaa . penat jea membe saya yang bawak PJX sayaa . apa la abg2 kedai tu . huh ;p dengan otak yang ligat befikir , akhirnya sayaa amek tempat membe saya pula bawak PJX dan terjah ke taman selasih . kilang lama ke taman selasih hanya mengambil masa 5 menett jea ntok sayaa sampai . nampak sgt saya penunggang yg berbahaya :DD kalau perut lapar , segalanya dapat di settlekan dengan cepat . ahhaa . setelah dapat tempat , kami tggu la plakk geng2 cik abg kami . bukan pakwe tau . membe sahaja .

sementara tu kami peasan makanan dulu . huhu . sayaa selalunya kalau makan di luar memang saya akan pesan makanan feveret ex saya iaitu nasi goreng daging merah . makanan tersebut sudah jadi feveret saya pula . kenangan-2 ;) then kami pun tggu la azan bergema . maka salah seorang daripada kami membaca la doa berbuka . alhamdulillah . ada juga pelapis ustaz ;) hehee . beliau adalah mat terap atau mat burn ;) hahaa ;D setelah mengaminkan doa yg dibacakan , kami berempat iaitu sayaa , ayu , mat terap dan juga awie mencekik la sehingga kenyang . punya banyak la air yg kami pesan padahal org nya hanya la empat . sebelum makan kami pandang kiri kanan dulu sebab meja sebelah2 kami tak makan lagi pun padahal azan dan bergema ;D
tak kisah la kan , maybe sebab daepa tak dengaq azan kot . di maafkan ==' 

di atas neh semalam punya ceqhita . harini punya cheqita hanya suam2 kuku sahaja :) cuma membe saya terkantoi dengan ustaz kerana membawa phone . haha . semasa dalam kelas tasawwur , membe sayaa dan membe saya sorg lagi sedang blutut lagu ketika sedang menuggu pelajar2 dari kelas-2 yg lain datang . kebetulan phone tersebut tidak membuat silent . phone tersebut pun berbunyi . sedang enak ustaz saya menunggu pelajar2 yg lain di depan pintu masuk , beliau kehairanan bila terdengaq lagu .

bukan beliau saja kehairanan malahan kami sekelas juga kehairanan kerana kami semua merasakan lagu y berbunyi itu bukannya dari phone ustaz . kami tahu ringtone phone ustaz kami . ustaz tegelak setelah mendengaq lagu yg dikeluarkan oleh phone membe sayaa , lalu ustaz kata *meja neh berbunyi ka * . lalu beliau gelakk . kami juga turut gelak kerana wajah membe saya tu sangat melucukan dan sangat gelabah . tak henti-2 saya gelak :D itulah padahnya membawa phone ke sekolah . nasib baik ustaz sayaa sporting . hampa adaa ? tiada bukan ? :DD

okay la , esok sambung story yea .  _sambung_ assalamualaikum ;)
















Saturday, 6 August 2011

study gila-2 sampai lebam =='

 saja saya nak menekan nekan keyboard malam-2 hari neh . hm . nak share cerita sat nahh =='

sayaa mendapat kesedaran sejenak tadi . sayaa dah mula rasa yg sayaa kena study secara serius . nampak sangat sayaa memain . masyaallah . apa nak jadi neh . ENCIK SAYANG kata jadual saya tak teratur . ya , memang pun dan saya tak suka terikat dengan sebarang jadual melainkan jadual sekolah =='

tolongg la . saya tak tahu nak belajar dengan cara yg betul . masa PMR dulu saya hanyaa study last minute dan melakukan banyak latihan-2 latihan agama . alhamduliilah . result okay2 jea . sayaa rasa cara yg baik untuk belajar adalah dengan pusing padang kawad sebanyak 3 kali sambil membaca buku dan mendengar lagu pada masa yg sama . dah jadi kebiasaan apabila belajar harus dengar lagu . itu cara saya belajar ;)

tapi bukan dengar lagu melalui radio . tapi melalui phone sony sayaaa . malangnya phone tersebut sudah tak dapat digunakan dan sebab tu pembelajaran saya jadi terumbang ambing . saya perlukan phone baru . as soon as possible ! kalau boleh sebelum trial atau spm . tapi semua tu hanya akan tinggal harapan . aduii =='

blurr selamanya ==' ntah jadi ke tidak sayaa nak study pkol 3 pagi mulai esok . nawaitu dah ada . cuma perlu laksanakan sajaa . saya nak sambung belajar . nak jadi anak yg berguna untuk keluarga . kalau spm saya hancurr , hancur juga la harapan PUAN ZAILINA , SAJEN ABD WAHAB , ABG , ADIK-2 dan juga ENCIK SAYANG ==' tak sanggup okay nak hancurkan harapan mak pak . kesian depa penat cari duit ntok saya belajar .

ada beberapa pemikiran di luar sana kata *alaa , hampa tu perempuan , belajaq tinggi tara mana pun nanti hampa akan masuk dapuq jugak* . memang saya setuju statement yg dilemparkan oleh mereka2 tersebut , tapi kalau hidup dengan duit sendiri serta hasil titik peluh sendiri lebih memuaskan . ye dak ? :)) nanti tayah nak gadoh kacau duitt laki dah even tu tanggungjawab depa ==' expert gila kalau bab kawen . tu la gunanya pendidikan islam di sekola . bab kawen mmg best ;) and senang ingatt . budak kelas sayaa pun terer bab neh :DD bukan saya sorang ;)

dah mula merepek bab lain pulak . elok2 masuk bab study , dah masuk plak bab kawen . readers , doa-2kan saya rajin belajar , ya . and dapat result terbaikk ==' kalau tak terbaik pun , good-2 pun jadi la . asalkan takde gagal . hukk =='

p/s : study smart , bukan study hard . study biar lepak , result kasi gempak . semangat takkan hilang ;) assalamualaikum ;)