Monday, 12 September 2011

apa yang aku nak kalau aku LULUS SPM ? ;) part 2

salam kegembiraan ;) tehee . entry aku semalam pasal hasrat untuk memiliki sekoq kucing berbulu kan ? semalam aku dah buat proposal untuk PUAN ZAILINA tentang hasrat aku tu . dan beliau tersenyum . senyum beliau taktau la tanda setuju mahupun membangkang . HAHA .

sempat la jugak kami anak beranak membalas hujah antara satu sama lain . tapi akhirnya , beliau mengalah . beliau taknak belikan binatang berbulu tersebut kerana beliau telah lama berkenan dengan seekor kucing berbulu yang telah dibela oleh salah seorang saudara aku kat pahang kot . entah la , saya pun tak kenal siapa saudara saya yang dimaksudkan oleh beliau ;D

apa yang beliau utarakan semalam , beliau kata bulu binatang yg berbulu yang telah dibela oleh saudara aku tu punya la lebat . punya la gebu . aku yang dengar beliau cerita neh plak jadi eksaited . tak menahan .

beliau : nanti mak p ambik kucing kat saudara kita tu .
aku : mak p la ambik sekarang .
beliau : mana boleh . tunggu la dye beranak dulu .
aku : bila dye beranak ?
beliau : mana la mak nak tau .
aku : bila mak nak ambik ?
beliau : tunggu la mak balik johor nanti .
aku : bila mak nak balik ?
beliau : tunggu la cuti sekolah nanti . tapi kak takleh ikot mak balik .
aku : awat ?
beliau : nanti nak buh kucing kat mana .

bonet kan ada . sumbat jea la binatang tu dalam bonet . huk . kucing dah ada . tunggu nak beranak jea . semoga binatang tersebut dapat melahirkan baby banyak-2 . amin :D





neh contoh jea gambar yang aku ambil dari pakcik google . nanti aku pulangkan balik ;)

p/s : sama-2 la kita doakan aku dapat binatang alah neh ;) assalamualaikum ;)

1 comment:

  1. saye plak...kalau lulus SPM, saya nak seekor singa, nak belai die dalam rumah,hahaha

    (http://sindiketeksotik.blogspot.com)

    ReplyDelete