Saturday 10 September 2011

SCIENCE campuq STUDY campuq bengang ;)


salam readers ;) bored day ! itu merupakan sinopsis untuk hari aku . duduk kat rumah dan mengadap tv without doing anything yang boleh dibanggakan ==' petang pula hanya menghabiskan masa dengan melelapkan mata untuk sejam dua . penat kot tidur . hm .

bad news ! esok ada sains . aku mula gerun dengan subjek yang berkaitan dengan dunia neh . hal-2 kecil pun kena belajar jugak . dari sekecil kecil kuman sehingga sebesar besar alam . cikgu suruh kami-2 neh baca form4 punya sains . aku tak takut sangat sebab selalunya hanya ketua yang kena jawab kalau cikgu tanya soalan . dalam group sains aku , aku hanya anak buah . orang lain yang jadi ketua . haha *gelak jahat* . tapi jadi anak buah pun kena jugak study . kang ketua jea yang pandai , anak buah duk ngok tara tu jugak . mana boleh kan ;)

sejujurnya , membe-2 group aku tu bukanlah yang sekepala ngan aku . tak paham betui la kenapa cikgu menyatukan kami . nampak sangat nak kurangkan aktiviti menyembang kami . HAHA . cuma ayu jea yang stay dalam group aku . nampak sgt kami berdua tak dapat dipisahkan ^_^

lupakan sains sebentar . penat dah aku study tadi . cukup-2 la kan . harini macam ramai plak yang buat aku marah . nasib baik boleh handle . tak paham betul aku . nak aku cepat tua ke apa ? ke nak aku mati cepat ? pastu boleh plak duk kata aku menipu . tu yang tak tahan tu . ntah apa yang aku tipu pun aku tak tahu . dye duk menipu aku selama neh tak rasa plak eh ? tu la manusia akhir zaman sekarang . salah org dye pandang . salah sendiri , tak pandang langsung . aku marah hang balik kang baru tau kot . aku malas jea nak ungkit . ingat syok kott . astagfirullahalazim ==' elok-2 aku maafkan hang , kang berubah kemaafan kepada kebencian . aku takmau okay sebab aku tak reti benci org lelama !

aku tak suka gila nak buat entry marah-2 macam neh . hm ==' boleh kira guna jari kaki kot entry aku yang berbaur kemarahan ada berapa . tak banyak . yang lain semua entry kebahagiaan ;) kalau takmau guna jari kaki , guna jea jari biasa . maksud aku jari tangan .

p/s : jangan buat saya marah please . saya tak suka dan kita samaa-2 tak suka ;) assalamualaikum ;)

No comments:

Post a Comment