Friday 8 July 2011

keluarga AQMAL ;)

assalamualaikum ! harini nak update serba sedikit tentang family cik sepett ,, yala kan , selama neh hanya cerita apa yg berlaku di sekeliling aku sahaja ,, *ayat takleh blah* ;) sekala sekala biar la aku guna bahasa malaysia yang betul kerana ada sesetengah pihak yg hairan kenapa budak2 sekarang suka menukarkan perkataan seperti saya --> saia ;) tapi tidak mengapalah ,, hak masing2 bukan ;) heh

okay , pertamanya saya bukan la dari family yg besar ,, semuanya berjumlah enam org ,, sikit bukan ? tidak seperti keluarga hampa yg lain ;) tapi saya bersyukur ;) saya campuran dari kedah dan johor ,, PUAN ZAILINA asal kedah ,, SAJEN WAHAB datangnya dari johor ;) ENCIK WAHAB tak berapa fasih bercakap dalam bahasa kedah ;) dan saya suka itu ,, hehee ,, kenapa sajen ? kerana beliau merupakan seorang polis dan agak berdisiplin tetapi tak suka marahkan anak2 ,, yg itu adalah terbaik ,, untung bukan ? ;)

puan ZAILINA merupakan surirumah sepenuh masa ;) okay , beliau seorang ibu yg sgt penyayang dan suka berleter ;) sehari tak dengar beliau berleter rasa seperti hidup ini tak bermakna ;DD perangai beliau juga seperti saya ,, happy go lucky ;) keluarga sebelah PUAN ZAILINA sgt best ;) makcik2 aku sgt la sporting termasuk atok aku ;) selama neh aku hanya merasa kaseh syg dari nenek ;) kerana dari kecil aku tidak pernah merasa kaseh syg seorang datuk ;)

eh , saya anak kedua dari empat beradik ,, dan saya satu satunya puteri sulung ;) untung ? untung jugak la kerana saya pun berperangai seperti lelaki bila mana adek beradek saya yg lain adalah lelaki ;) kadang2 kami men gusti bersama , men ligan2 bersama ,, bertikam lidah bersama ,, memaki hamun bersama ,, teriakk bersama ,, share story together ,, plan benda jahat bersama ;) hhaaa ;DD

anak sulung bernama AQMAL HAKIMI ;)  beliau seorang yg pemalu kalau diselidiki dengan baik ;) maybe hanya saya yg tahu itu ;) perangai beliau sebijik dengan bapa nya ;) kadang2 perangai beliau jugak seperti budak2 walaupun beliau sudah 19 tahun ;) normal bukan ? hehee ;) dan saya rasa hanya saya yg memahami beliau tapi malangnya kami sudah tidak berapa rapat bila kami berdua sudah meningkat dewasa =_=

anak ketiga ; AQMAL HAIKAL ;) okay ,, lelaki yg berumur 13 tahun ini sgt kuat bersabar ,, beliau sgt cerewet sampai aku rasa seperti nak tabuh beliau laju2 ,, tapi beliau juga penakot :DD sorry to say der ;) beliau juga akan menitiskan air mata bila berkaitan adek beliau kerana adek beliau sgt suka menyakat beliau ,, tapi insyaallah beliau akan jadi lelaki yg baik kerana baka beliau tidak seperti adek dan abg beliau mahupun kakak beliau ,, kerana beliau sgt rajin ;) tapi segala kebenaran akan menjadi hak beliau walau bagaimana pun ;) kerana beliau pulun ,, hahaa :DD kalau abg beliau suruh beliau masak ,, beliau akan turutkan ,, adek yg baik bukan ? tapi bila aku suruh ,, liat semacam jea ,, nyampah aku :DD

anak keempat : AQMAL DANIAL ;) yg len sume hurup *H* ,, tapi beliau huruf *D* ,, kenapa ? mana la aku tahu ;) selalu org nama danial neh mesti comey2 bukan ? hahaa ;DD ya , saya tak nafikan beliau yg berumur 12 tahun neh seorang yg comeyy , wekk :DD beliau la yg paling manja dikalangan kami adek beradek sehinggakan membuat saya nak muntah sebakul dua ,, mengada sangat :DD nama pun anak bongsu ,, beliau akan menangis kalau tak dapat apa yg beliau mahukan ;) saya pun begitu ,, hehe ;)

cik sepet a.k.a AQMAL IYLIA ; tak semua org dapat mengeja nama saya dgn baik ;) hukk =_= hanya membe2 yg sayangkan saya saja dapat eja nama saya dgn baik ;) okay , saya seorang yg sgt gila2 ;) saya juga cepat terasa ;) saya juga kuat menangis ;) kadang2 saya akan menangis disebabkan masalah org lain ,, saya akan menangis dan murung dengan teruk kalau berkaitan dgn keluarga atau kawan atau pakwe =_= bagi saya kaseh syg tu sgt penting ,, sebab tu saya sgt sayangkan org2 yg sayangkan saya ;) dan , saya sgt garang ! *sila takut* ;)

haritu aku balik kampung ;) then masa nak balik , atok cakap :

atok : nanti kirim salam dekat pakwe ya naa ;)
saya : ya mana ada pakwe tok ;)
atok : kalau ada nanti kirim salam la ;)
saya : baik atok :) *dalam hati berbunga bunga* hahaa ;DD

p/s : awkk ! atok kimsalam kat awk laa ;) nanti kita jmpe atok naa ;) bye , assalamualikum ;)

---> sebelah neh ada gmbaq kami adek beradek ;) sila usha ;DD

No comments:

Post a Comment